Kcp Carey Island berlokasi di Lot 2666, Jalan Pulau Carey, Pulau Carey, Selangor DE. Bandar yang terdekat adalah Bandar Bukit Tinggi ( 20 km ) dan Bandar Banting ( 18 km ). Dibina pada tahun 2009 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2011.
Bahan mentah pemerosesan adalah isi rong sawit dan kapasiti memproses adalah sebanyak 600 mt / hari. Kilang yang menggunakan teknologi tempatan ( Local Press ) ini dapat mencapai sasaran 47 % perahan minyak ( CPKO ) dan 50 % perahan dedak ( PKE ) pada awal tahun pertama ianya beroperasi.
Kilang Isi Rong Sawit yang dimiliki sepenuhnya oleh Sime Darby Plantation adalah yang pertama di Malaysia Barat dan yang kedua dibina selepas Austral Edible Oil ( AEO ) di Kawasan Perindustrian Kidurung, Bintulu, Serawak. Bahan mentah yang diterima adalah 100 % daripada Kilang Sawit Sime Darby sendiri dan sehingga kini belum lagi membeli isi rong daripada luar.
Kilang ini juga adalah pengeluar kepada RSPO produk dan sehingga kini menghasilkan RSPO FS dan MB. Purata memproses tahunan adalah sebanyak 163,000 mt PK dan menghasilkan 76,284 mt CPKO dan 81,500 mt PKE.

Sejak dibina, kilang ini telah didatangi oleh ramai pelawat yang terdiri daripada Top Bosses, pengimport dan individu 2 yang cenderung dengan industri ini. Kami cuba untuk memenuhi permintaan pelanggan sesuai dengan keupayaan dan tenaga kami. Itu adalah janji dan ikrar kami sesuai dengan kehendak dan kemahuan syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan